Assalamualaikum.
Hati ni selalu takut untuk menunaikan Solat Istikharah. Hati ini tak kuat lagi untuk Solat Istikharah. Istikharah ini bukan Istikharah Cinta tapi Istikharah tentang masa hadapan kita.
"Kenapa takut nak solat Istikharah? Bukan lagi bagus ke?"
Ye. Mungkin diri ini tak kuat lagi untuk menghadapi realiti. Diri ini akan menangis setiap hari jika apa yang dikehendaki selama ini. Bukan laluan hidup yang telah ditentukan olehNya. Ya Allah!
Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan. Ya Allah! Engkau selalu beri petunjuk kepada aku. Aku tidak tahu sebenarnya adakah itu hanya imaginasi aku ataupun memang takdirMu.
Kehendak. Memang semua kehendak kita yang kita impikan mungkin tidak akan tercapai. Tapi dengan usaha InsyaaAllah akan terlaksana. Berada di UMP seperti siksaan bagiku untuk menerima fakta Alam Pekerjaan kelak. Adakah aku terlalu berfikiran sempit kerana terlalu mendambakan bidang kedoktoran?
Aku ingin merawat. Aku ingin mempelajari dengan lebih mendalam keajaiban Allah S.W.T. Aku ingin menyentuh dengan tanganku sendiri ciptaan-ciptaan Allah yang berada dalam badan manusia. Aku juga berniat untuk membantu yang memerlukan diriku. Sedikit demi sedikit aku mencuba untuk meyakinkan diriku bahawa Bidang Kedoktoran adalah bidang yang susah. Akan tetapi, semakin aku menghadam fakta tersebut. Semakin membuak-buak minat ku terhadapnya. Banyak halangan, banyak desas desis yang meminta aku untuk terima kenyataan dan rezeki yang sekarang.
Minat. Aku tidak minat. Aku tiada hati dengan bidang OSH ini. Setiap hari aku mengeluh. Kerana tidak minat. Setiap hari aku memaksa diriku ini. Kerana tidak minat? Mengapa aku mahu teruskan lagi selama 4 tahun perkara yang tidak ku minat? Pointer bukanlah petanda bahawa aku Pro dalam kursus ini. Aku yakin, diri ini tidak berapa cemerlang seperti Top student yang ditawarkan biasiswa JPA, MARA . Tapi kerana minat. Aku yakin setiap hari-hari pembelajaran di bidang kedoktoran adalah perkara yang indah seperti Bunga Mawar. Indah tapi berduri. Seronok tapi sakit sikit sebab kesukaran bidang tersebut. Aku yakin aku boleh buat!
30/5/2015. Tes kemasukan Universitas Gadjah Mada. Doakan saya kawan-kawan.
Salam sayang,
-Nadhirah Ennaidi-
No comments:
Post a Comment