Thursday, June 9

DiariRamadhanDRa

Assalamualaikum

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak. Ku panjatkan kesyukuran karna dapat lagi merasai kenikmatan Ramadhan tahun ini. Tapi belum nikmat full lagi selagi takleh puasa kat rumah.


Apabila umur Nadhirah genap 21 tahun 1 bulan semalam, Alhamdulillah setelah sekian lama part dalam hati ni kosong, terisi jua. Syukur! mai nak cerita, smalam volunteer untuk 2 program yg berbeza, SOTR and IKR. Apa itu SOTR and IKR.

SOTR (Sahur On The Road) yakni program oleh AMSA Brawijaya. Seawal 0030 kami ke Universitas Brawijaya berkumpul untuk menuju ke lokasi target yaitu Pasar Besar. Siapa sangka mmg ramai sgat homeless di situ. Apabila pengagihan makanan bermula, ramai sgat yang kelihatan memerlukan. Pada permulaan panitia yang dok smagat turun dari kereta smpaikan kami volunteer tktau nk buat apa. Well mgkin mereka fikir ada volunteer yg agak takut2 untuk turun karna beberapa dari pakcik daan makcik tersebut menyerang panitia pada awalnya. Thats sounds scary. Tapi kami antara yg degil cuba juga turun. Kasihan.. Rupanya kebanyakan bapa2 beca adalah homeless. Beca adalah tempat untuk mereka berteduh, tempat mereka tidur dan tempat untuk mereka cari makan. Sedih.. Karna jam masih lagi di awal pagi, kami terpaksa untuk membangunkan pakcikmakcik tersebut apabila mahu memberi makanan. The program end at 0330. Lepas sahur semua bergerak pulang ke UB. Goodjob AMSA Brawijaya!

IKR (Iftar Kasih Ramadhan) program by PKPMI Malang lead by Syuhada Subri and Mina Patawari. So yg  ni tempat target kami sama di Pasar Besar cuma kali ni kami pergi sewaktu berbuka, homeless tidak kelihatan sgat. Mungkin ketika itu mereka berusaha untuk mencari makanan juga instead of stay in one place. Sedih bila orang yang kelihatan mampu juga meminta2 ke kami, maybe the packaging is too fancy? Astaghfirullahhalazim.. Takpelah, janji berbagi tu sudah.. Hati smalam mmg Allah uji. Niat sgat flactuant smalam bila lihat keadaan sbegitu. Mgkin sbb terlalu mencari target sehingga memikirkan yang kelihatan mampu tak perlu diberi. Sedih dgan diri sndiri. Will improve to be better me. Tapi keadaan di sini benar2 menguji karna konstitusi mereka yang menetapkan Kebebasan Beragama membuatkan kami sukar membeza dari satu ke satu, sehingga smalam ada juga thought yg dtg ke pundak hati, 'Orang ni Islam ke? Oh tak, so takyah bagi' . Sgat diuji smalam. Sangat! :( Terima kasih Ya Allah. Rasanya kalau tiada program smalam takda nak refleks hati ni sebenarnya cemana. Big claps to SC+OC ! Dah cntik programnya, eval lagi to improve next year.

Cheers to all volunteer walaupun in the middle of study week, sggup turun padang, and to UIN in the middle of exam lagi! Respect! Gembira sgat berpeluang untuk join berbagi ni, sbb dah lama nak merasa sbb kat Malaysia susah sikit mama nak lepaskan.

"Jangan pernah penat buat kebaikan, kawan!
Biar habis kudrat buat pahala, sampai tak larat buat dosa!"

Two program, Two different time but One target in One place success! Tahniah!

NNE
Morning!

No comments: