Wednesday, December 16

Kebun Teh Wonosari, Lawang

Assalamualaikum

Jrengg! Post pertama di Malang! Rajin-rajin lah baca blog ni eh? InsyaaAllah akan update banyak tempat2 menarik kat Malang.

Zrrrr *bunyi pita rosak* Haa? Wait wait wait. Kenapa Nadhirah di Malang?? :O Kat mana tu? Eycehh drama sat. Well intro jap sebelum sembang panjang. Alhamdulillah Nadhirah Ennaidi dah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Alhamdulillah ^^ Terima kasih atas doanya temen2. Okay dah jangan intro panjang sangat nnti bosan.

Jadi minggu study week dah start. Ehem tp mggu lepas lah ye, ni kira late post lah ohok! Maaf kan lah ye. Nak curi waktu tak nyempat je. Sekarang ni tengah bertarung dengan paper2 yang banyak sangat. So back to the story 06122015 trip ke Kebun Teh Wonosari, Lawang!! WEE! Bukan lah first trip di Malang, tapi first trip yang survive sendiri tanpa IO (International Office) huhu. Dah jadi anak2 IO skarang! #Awkward

So perancangan tiba2 ni, bermula bila kak Siti Aminah Patawari a.k.a kak min punya sindrome "Homesick" tu makin memburuk. Jadi saya dan Syuhada Subri a.k.a syudz pun membuka lah kembali blue print kami untuk ke kebun teh masa study week. Dok search2 pasal tempat ni kira sejam jugak lah dari Malang. So takkan nak sewa travel (Kereta sewa sini dipanggil travel hee :D). Membaziaq! Kita student kena percutian bajet. Giteww! Jadi kita minta lah pinjam motor senior2 kita yang cantik lg menawan. Eh yang kacak pun ada. Alang2 tu ajak lah skali depa pi kebun. Yahoo! Takdalah takut sangat kan ada senior *Konon berani nk naik motor sebenarnya penakut puii*

Perjalanan sejam naik motor sangat menyenangkan apabila kami decide untuk ikut jalan kampung instead of jalan highway yang sesak dan tiada pemandangan cantik. Biasalah guys jalan kampung bersimpang-siur, berbukit-bukau, berbatu-batu. Macam kat kampung awak tu, tak gitu? Kecuali awak punya kampung kat Kg, Baru *muka sarcastic* Bila dah belajar pun macam kena telan buku2 tebal otak pun sakit. Jadi view2 ni buat otak kasi ringan sikit lah. Sedap mata memandang~ Tengok orang kampung berkerja pun rasa terpukul sebentar. psst sory sebab bawa motor tak nyempat nak capture pemandangan indah. Bisa bedah otak kita tuk ambil memory. Silahkan #hypebola

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" QS. Ar-Rahman(55)

Cangcanggg! Memang sampai ke Lawang, 1 jam 20 minit. Em sakit pungkoq bawa motor lama sangat! Ahaa detail nanti saya bagi kat hujung post ye. Biasalah tempat wisata (tempat perlancongan) mana yang bayar tak masuk ye dok? Parkir, titip helmet juga harus bayar ya. Sad truth bila betul2 ja sampai sana, pap! Hujan! O.o Jadi dah alang2 di kebun teh kan ayuh lah kita menghangatkan diri dengan secangkir teh di cafe Rolas Tea. Akhirnya! Rasa teh Malaysia! huhu . yelah sini famous dengan teh jasmine dan teh melati. Semua sedap. Tapi awak tahu ler.. Orang2 yang dok luar Malaysia ni lain macam sikit kalau ada camcam kat Malaysia :P

Arrival di Kebun Teh Wonosari

Kak mina memang ada pocket doraemon dalam beg dia. Nyempat bawa payung dan poncho

Rolas Tea

Agak2 dah reda sikit hujan. Haa terus kami dok lari pi kebun dia. Mak! Tenang nya hidup! Bisa tidur sini nggak? HAHA. Okay kasi can lah kami possing kat tengah kebun hukkhukk.




Kak sanah kata toilet bawah tanah HAHA

Hujan yang lebat tanpa sebarang khabar rindu turun serta merta. Nasib baik lah nampak mesjid.Memang dia suruh menunaikan yang wajib dulu sebelum lagha banyak! Haa. Lepastu dok lepak makan bakso pulak. Sedap sangat layan bakso time hujan2 sejuk ni. Lama lah juga kitorg lepak. Cam tak productive pun ada rasa. So dengan kuasa yang ada kitorg beli Poncho!! Baru lah boleh gerak ke sana ke mari. Banyak tau senanya aktiviti sini. So kitorg pun dok cari tempat aktiviti. Haa jangan lupa tanya kalau sesat, toksah nak memalu orang sini friendly tau ;) So kami jumpa lah basikal beca yang kena kayuh 4 orang. Alkisah~ Susah juga lah awok nak kayuh benda tu. Ada pulak insiden tersalah pilih route , kami pi lalu jalan menurun bukit. Ya ampun nasib lah tukang handle sterring expert. Dah jerit2 dah masa tu, orang tengok macam tengok Running Man! Gelak kemain. HAHA nasib tak langgar motor orang dan nasib break benda function. Kalau tak, HAHA taktau nak kata apa. Tu paling win dan memorable.




Part basikal beca tu paling memorable. Kitorg basically banyak lepak bercerita~ Haa betul lah orang kata nak kenal perangai sebenar orang tu kena pi travel ngan dia kan? Walau pun ni hanya short escape. Mengenali dirimu sangat berharga bagi ku kak Hasanah , kak Wani , kak min and syudz! Mmuah sikit hikz! So lets move on to the tips to better service.

Minyak motor (pergi balik) : 20,000rp
MakanMinum: +- 20,000rp (Teh satu pot 20,000rp share2 lah ye)
Tiket masuk : 15,000rp
Parkir dan titip helmet: 4,000rp
Poncho: 7,000rp
Basikal beca: 30,000rp (untuk setengah jam, nampak kejap? tupun kami dah semput2 kayuh!)

Basically tu je duit keluar haritu. Percutian bajet sangat! Nahh~ maybe sbb takleh banyak buat aktiviti itu kurang kot. Kebun pun tak habis pusing. Nevermind, lama lagi dok Malang bisa pi lagi apa. kan?  Haa ni saya lampirkan antara aktiviti yang anda boleh buat di sini ;)


BEST KAN SENANYA! Okay dah jumpa lagi guys! :D 

NOTA KAKI: RM1=3,000RP pandai2 lah awak convert berapa je duit keluar eh ;)


Nadhiroh, 2015
Bilik Kost, Malang

2 comments:

Anonymous said...

Macam mana nak sambung study dekat indonesia dan kalau boleh ceritalah step by step bagaimana awak boleh smbung study dekat sini.nak sangat jadi doktor mcm awak tapi rezeki kat kos lain kot.tak cuba tak tahu kan..anyway,saya enjoy baca blog awak. 😁

Nadhirah Ennaidi said...

Wuups! hahaha terima kasih sebab sudi baca. Step by step ye? em I personally love to share it with you personally. Not sure nak up kan post itu atau tidak. Akan difikarkan semula. If you really want to know how I can jump to this course you can contact me through email! :D

nurnadhirah8595@gmail.com

See ya ;D