Hai semuaaaa! HAHAHAHAH gelak besar sikit! Sebab nak cerita trip best gila nak mati ni haa. hukk hukk. Preparation mental dan fizikal juga medication sangat lah lengkap. Siapa tak prepare kan nak pi enjoy betul-betul lepas habis paper. kihkih chuolss jangan jealous hokeyy, sebaik kak Atierah ngajok kami-kami yang tertinggal di Malang ni. sobs! Sooo nak sembang pasal medication ni sikit lah. Hmm yelah koi ni ada alergic sulphur yang kat dalam antibiotic lah specifically. Tapi dok gatai nak pi tempat yang penuh dengan sulphur. Ahaaa kata dah jalan dengan doctor. Toksah risau lah kita. Segala jenis ubat dah disediakan. Applause to kak min ! kihkih! Hooo *terkejut* tak jadi pape ke kita pi sana tu? Tak pengsan ke atas tu? jrenggg~ Jangan berhenti bacaan anda.
Kami gerak dalam jam 10 p.m (23/12/2015) naik travel. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam juga lah sebabnya kami ada terstuck di mana ntah. Jammed! Well christmas Eve lah katakan. Bangun tidur bangun tidur akhirnya sampai kat kampung mana taktau, berhenti solat and refreshing sikit. pummpammpummpamm sampai di kaki bukit ijen nya jam 6.45 a.m. (24/12/2015). Barang2 tak penting toksah lah ye bawa naik atas. Buat penat awak je bawa beg berat. Bawa lah sikit makanan untuk siapa yang cepat lapor tu and air jangan lupa ye!
Perjalanan curam berbatu kecil bertanah merah berangin sayup berangin bagai nak terbang. Penat pancit semua ada lah. Lama dah kita tinggalkan aktiviti panjat memanjat gunung ni haa. Jangan salahkan lemak saya okay! Sepanjang perjalanan 'SubhanaAllah, MasyaAllah' Indah sangat ciptaan tuhan. Tenang ja kita tengok, Terhamparnya gunung-ganang yang menghijau. Takleh describe feeling dia cemana. Penat tu hilang selalulah (sebab banyak stopp dok tangkap gambar je keje) mana taknya daki pun hampir 2 jam! HAHA perempuan biasalah. Cam korang tak je puii!
Ada beberapa checkpoint kalian akan jumpa bapak-bapak jual sulfur yg dah diukir. Cantik sangat! Mula kitorg takdalah nak beli, lagi kita yg takleh bau ni kan so just sembang je ngan bapak. Papp! tetibe ada sorg bapak ni dok buat cara giveaway sulfur dia. ingat betul lah nak giveaway rupanya last2 dia cakap , 'tolong lah bapak nak dari malam tadi naik turun untuk dapatkan sulfur ini' haa rezeki bapak tu mungkin~ Hulur juga lah sikit. Alhamdulillah moga diberkati ya pak. Haa ni nk cerita sikit, dtg pulak org France dekat stall bapak yg jual sulfur tu, haa tetibe keluaq teruih bahasa france bapak tu. lama kitorg ternganga weyh! sumpah kalau rakam tu hodoh sangat dah muka masing-masing. Stall bapak tu dekat ngan 'Kantin' . Haa jangan memain ataih ni pun ada kantin tau. Bagi siapa lupa nak bawa makanan haa jangan mengalah tuk panjat. Makanan tggu kat atas. hehe.
Perjalanan diteruskan, ada juga lah masa jalan tu dok sembang dengan bapak-bapak yang angkut sulfur. Kuatnya mereka *nangih* Kita yang muda *matakelipkelip* ni pun semput woi naik. Aih! Demi sesuap nasi kan. Bersyukur lah~
Saya diarahkan untuk membawa mask dan glove kerana saya penderita alergi ubat. Sampai satu part kak tierah dah suruh pakai mask sebab bau dia dah kuat. Tak sabaq ank tgok kecantikan kawah ijen ni. Tapi bila sampai asap sulfur tebal sangat *nangis* Kitorg dah aihh apa lah nasib kitorg. Tapi ada lah satu masa tetibe angin tolak asap tu and nmpak keindahan kawah ijen ni yahooo! Beberapa kali juga lah dok buat perangai hodoh, gelabah buka kamera bila angim tolak. Lama juga kitorg buat perangai hodoh tu, tetibe ada sorg bapak tegur suruh pergi area ketepi sikit baru kurang asap. Rupanya betul! Menjerit semua org nk tgkap gambar. HAHAH sekali lagi perempuan~ K dah2 Jom belanja gambar. Panjang pulak bebel ye kat post ni.
![]() |
| Perjalanan naik bersama mas supir |
![]() |
![]() |
| Boleh buat horror movie tak muka memasing? |
![]() |
![]() |
| SAMPAI! SUBHANAALLAH! |
Kasi chance lah nak posing sikit :p
![]() |
| Anak-anak yang tertinggal di Malang |
![]() |
| Travel buddies! |
![]() |
| One Direction in the making~ |
![]() |
| Perjalanan pulang |
![]() |
| We survived! |
Alhamdulillah. Naik 2 jam spent kat atas 1 jam turun 1 jam. Okay what kan? Turun bahaya sikit ye sbb batu2 kecil tu boleh buat awak tergelincir. Em masa naik pun bila kawan tak larat please support. Ini lah masanya nak tengok semangat setia kawan anda ye~ Turun ja kami baham maggi sebab lapar sangat. Ngam pulak sejuk masatu kan. Hehe maaf mama sebab akak makan maggi :P
Well jom proceed tips to better service! Basically kali ni punya trip sangat lah murah yang amat! And kak Tierah jadi accountant untuk trip ni, kitorg kena bayar 200,000rp then kak tierah settle semua but tahu juga lah harga2 nya sikit. Jom lihat~
Travel (kereta) : 1,000,000rp (24 jam)
Pass Jaga: 10,000rp (1 kereta)
Tiket masuk Gunung Ijen: 7,000rp (per pax)
Itu je senanya yang kita ingat. And hey! ada lagi k duit lebihan. Kitorg siap makan seafood lepas balik tu untuk duit lebihan. Well jimat tak jimat? Less than RM60 tau! Hakz! Friendly reminder bila kita bawa mas supir makan minum dia kita tggung tau. Minyak pun :D
Big thanks to those yang participate. Kak Mina , Syudz , Dayah , Mira , kak Tierah , Kak Min love you guys mmuah! Please ajak lagi pi tempat cantik2 k ;)
Last2
![]() |
| Birthday Shout out to Kak tierah! (5/1/2015) |
Jumpa next post!
-Nadhirah,


















No comments:
Post a Comment